000000
X
PALESTIN
12 Syahid dalam Serangan Terbaru Israel di Gaza
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
8 Mei 2023 | 1.15 tengahari
Perdana Menteri Israel berhaluan kanan, Benjamin Netanyahu dilaporkan telah memaklumkan kepada kabinetnya tentang rundingan yang sedang berjalan mengenai kemungkinan perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Pejuang Palestin di Gaza, Saluran 12 Israel dan media Israel lain melaporkan pada hari Ahad.

“Israel semakin menghampiri perjanjian” dengan Pergerakan Pejuang Islam Palestin (Hamas), Netanyahu telah memaklumkan kepada menterinya, lapor The Times of Israel, juga memetik Saluran 12. Menurut media Israel, Netanyahu tidak menjelaskan lebih lanjut.

Dalam pertemuan itu, Netanyahu “dilaporkan mengadu tentang ‘tekanan’ daripada keluarga tawanan Israel dan Angkatan Tentera Israel  (IDF) yang terbunuh yang mayatnya ditahan Hamas,” lapor Times of Israel. 

Pegawai Israel mendakwa bahawa kumpulan Palestin Hamas telah menunjukkan "fleksibiliti semasa rundingan". Pejuang  Palestin di Gaza bagaimanapun masih belum mengulas mengenai laporan Israel.

Terdapat hampir 5,000 tahanan Palestin ditahan di penjara Israel. Beratus-ratus daripada mereka menghidap pelbagai penyakit. Banduan ini juga termasuk wanita dan kanak-kanak.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,045
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....