000000
X
PALESTIN
Tindakan Zalim Lanjutkan Penahanan Ahmed Manasra
Oleh: Faris Zailani
14 Ogos 2022 | 2.45 PM
ASHKELON - Persatuan Tahanan Palestin berkata, pihak pentadbiran Israel telah memindahkan Ahmed Manasra dari kem tahanan Eshel di Beersheba ke bahagian pusat tahanan pengasingan di Ashkelon. Lapor persatuan itu pada hari Sabtu yang lepas.

Persatuan tersebut memetik kenyataan daripada peguam bernama Khaled Zabarka, bahawa Mahkamah Pusat di Beersheba akan mengadakan sesi perbicaraan pada hari Selasa depan, iaitu 16 Ogos jam 9 pagi. Sesi perbicaraan itu diadakan berhubung permintaan Israel untuk melanjutkan tahanan pengasingan terhadapnya.

Persatuan tersebut menambah lagi di dalam satu kenyataan, pasukan pembelaan telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Pusat di Beersheba terhadap keputusan jawatankuasa untuk mengklasifikasikan fail Ahmad sebagai kes ‘keganasan’ dan keengganan mahkamah untuk membebaskan Ahmed Manasra. Mahkamah Pusat memberi alasan bahawa mereka sedang menunggu penetapan tarikh untuk mempertimbangkan rayuan daripada pihak pembela.

Persatuan tersebut berkata, “terdapat 36 orang pakar psikologi telah berhadapan dengan ketua pemerintah di Daerah yang dijajah oleh Israel untuk memohon pembebasan Ahmed serta merta kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot di dalam penjara”. – Shehab News
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,625,787
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....