000000
X
PALESTIN
Hamas menyeru untuk menghadapi serangan Israel terhadap Al-Aqsa pada hari yang dipanggil "penyatuan Baitulmaqdis"
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
7 Mei 2023 | 8.30 malam
Jurucakap  (حركة المقاومة الإسلامية) Gerakan Penentangan Islam "Hamas" di Baitulmaqdis, Muhammad Hamadah, menyeru rakyat kita untuk menggagalkan rancangan Israel yang dirancang untuk melakukan penyerbuan besar-besaran di Masjid Al-Aqsa, atas apa yang dipanggil hari (توحيد القدس) "Penyatuan Baitulmaqdis". 

Dalam satu kenyataan khas kepada agensi berita " Shehab " , pada hari Sabtu, 5 Mei 2023, Hamadah menggesa rakyat Palestin kita di Baitulmaqdis dan kawasan pedalaman, dan setiap orang yang boleh sampai ke kota suci itu, untuk menjadikan hari-hari mendatang; terutama pada hari Khamis, 18 Mei, dan hari-hari sebelumnya, sebagai hari Ribat dan hari beri’tikaf di halaman Masjidil Aqsa.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Israel bertekad sekali lagi untuk mengulangi jenayah terhadap Masjid Al-Aqsa yang dirahmati. Lebih-lebih lagi selepas kekalahan mereka menghadapi keteguhan Murabbitun dan orang-orang yang beri’tikaf di akhir Ramadan yang lepas di hadapan tentera-tentera yang zalim. 

Hamadah menyatakan bahawa Israel berpendapat bahwa mereka akan kembali semula menyerbu Al-Aqsa, dan akan berjaya membuat perarakan yang dipanggil (مسيرة الأعلام) "Perarakan Bendera" sebagai mengenang tentang perayaan yang telah mereka dakwa. 

Dan beliau menegaskan bahawa tentera Israel tidak akan dapati daripada rakyat Palestin kita, kecuali apa yang mereka temui dalam beberapa bulan dan tahun lalu, dari segi keteguhan, penentangan, keazaman, dan kesiapsiagaan oleh pejuang untuk bertindak balas terhadap sebarang serangan terhadap Masjid Al-Aqsa dan Murabitah kami.

Jurucakap Hamas memuji sebilangan besar yang menunaikan solat Jumaat beberapa hari yang lepas di halaman Al-Aqsa, sambil menambah bahawa mereka mewakili tembok pelindung dan perisai Masjid Al-Aqsa yang diberkati. 

Hamadah berkata bahawa Israel akan terus berlarutan dalam khayalannya yang mana mereka akan menceroboh untuk memonopoli Masjid Al-Aqsa dan meluluskan rancangannya di sana dengan strategi pembahagian masa dan tempat. 

Dan dia memberi amaran supaya tidak mengulangi senario pasukan Israel menggunakan kaedah jenayah dan penindasan terhadap orang-orang yang sedang sembahyang dan beri’tikaf di Al-Aqsa, sambil menekankan bahawa Al-Aqsa tidak akan dibiarkan begitu sahaja seperti yang dikehendaki oleh penduduk Palestin dan penyokongnya. 

Perlu diperhatikan bahawa apa yang dipanggil (جماعات الهيكل) "Kumpulan-kumpulan Haikal" telah menetapkan pada hari Khamis, bersamaan dengan 18 Mei, sebagai tarikh untuk mereka menyerbu Masjid Al-Aqsa, sempena ulang tahun Ibrani menjajah Baitulmaqdis, di mana mereka telah memulakan kira detik untuk menggerakkan 5,000 penjajah israel bagi mengambil bahagian dalam permusuhan dan pencerobohan mereka.

Hari "penyatuan Baitulmaqdis"adalah hari di mana "Israel" Berjaya menjajah ke atas seluruh kota Baitulmaqdis, setelah menduduki bahagian timurnya, termasuk Kota Lama dan Masjid Al-Aqsa pada tahun 1967. Perayaan tahunan hari ini biasanya berlangsung dengan perarakan provokatif di Kota Lama Baitulmuqaddis, dengan penyertaan ribuan penjajah israel, dengan pengendalian dan pemeriksaan yang ketat oleh polis Israel ke atas penduduk Baitulmaqdis, apatah lagi penyerangan besar-besaran di Al-Aqsa Masjid, dan pelaksanaan solat Talmud dan ritual di dalamnya. 

Jumaat yang lalu, pelampau "Kumpulan-kumpulan Haikal" cuba membawa korban ke Masjid Al-Aqsa sebagai "Paskah Kedua", yang mana ia merupakan "suatu majlis pampasan menurut ajaran Kitab Taurat bagi mereka yang terlepas mempersembahkan korban tepat pada masanya.." 

Kumpulan-kumpulan ini telah pun cuba mengambil kesempatan daripada "Paskah kedua" untuk memperbaharui usaha mereka untuk membawa "Korban Paskah" ke Al-Aqsa tahun lepas,

Dan mereka mengambil kesempatan daripada majlis-majlis keagamaan yang kecil bagi memperbaharui pencerobohan mereka terhadap Masjid Al-Aqsa yang diberkati..
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,690
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....