000000
X
PALESTIN
15 Rakyat Palestin Termasuk Wartawan Ditangkap di Tebing Barat
Oleh: Rusydan Yusup
27 April 2023 | 1.26 tengahari
Tentera Israel menahan sekurang-kurangnya 15 rakyat Palestin, termasuk seorang wartawan dan anaknya, pada malam Rabu, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Sumber Palestin memberitahu WAFA bahawa tentera Israel menyerbu kem pelarian Dheisheh di Betlehem dan menangkap tujuh orang selepas menyerbu rumah mereka, termasuk wartawan Usama al-Aiasa, 60, dan anaknya Jamal, 26.

Di kawasan Ramallah, tentera Israel menceroboh masuk ke perkampungan Aroura, barat laut Ramallah. Mereka menahan seorang lelaki berusia 45 tahun, dan seorang lagi dari kampung Beit Ura al-Tahta selepas menyerbu rumah mereka.

Di utara Tebing Barat, askar Israel menahan dua rakyat Palestin dari wilayah Nablus dan dua lagi dari wilayah Jenin. Seorang bekas tahanan juga ditangkap semasa serbuan di rumahnya di kem pelarian Nur Shams Tulkarm.

Di Baitul Maqdis Timur, seorang pemuda Palestin telah ditangkap pada pagi Khamis di Pintu Damsyik.

Tentera Israel secara berkala menyerbu bandar dan kampung Palestin di Tebing Barat  untuk menangkap para aktivis Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,392
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....