000000
X
PALESTIN
Abu Marzouk: Kebangkitan rakyat Palestin adalah pengisytiharan kegagalan dasar Zionis
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
18 April 2023 | 7.09 pagi
Palestin - Ahli biro politik gerakan Hamas, Musa Abu Marzouq, menegaskan bahawa kebangkitan semula rakyat pada Hari Tahanan dengan intensiti dan interaksi sedemikian adalah peristiwa penting untuk mengesahkan kegagalan dasar Zionis terhadap penangkapan pejuang penentang penjajah sewenang-wenangnya.

Tahanan diasingkan dan dipenjarakan di belakang jeruji besi, seolah-olah rejim Zionis mengusir mereka di dalam rumah mereka. 

Abu Marzouk berkata: "Peringatan rakyat Palestin kita pada Hari Tahanan adalah mesej jelas yang melibatkan ramai termasuk kanak-kanak dalam menghadapi kemanusiaan tragis di hampir setiap rumah Palestin. 

Hal ini demikian menjejaskan setiap keluarga, sehingga sekurang-kurangnya seorang banduan ditahan untuk setiap rumah Palestin, malah ada sejumlah besar banduan yang tidak bertemu di satu meja selama bertahun-tahun. 

Beliau menambah, "Tawanan para pejuang kami menghadapi pemenjaraan bertahun-tahun lamanya dan penangkapan atas sebab yang kecil, sama ada kerana pengamalan aktiviti politik mereka, menyertai demonstrasi, membaling batu, memakai pakaian yang mewakili bendera Palestin atau yang melibatkan diri secara terhormat dalam perarakan bersenjata demi menghadapi penjajahan. Mereka dikenakan penyeksaan yang keras, kekal dan sistematik.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,053
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....