000000
X
PALESTIN
Israel mengganas, menangkap belasan penduduk Palestin di sekitar Baitulmaqdis
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
16 April 2023 | 3.39 petang
Pada malam tadi dan pagi Ahad, tentera Israel melancarkan kempen penangkapan yang menyasarkan kepada pemuda dan kanak-kanak Palestin di beberapa kawasan kejiranan Baitulmaqdis, di tengah-tengah pertempuran antara pemuda dengan tentera. 

  Pertempuran berlaku di sekitar Bab Hatta, salah satu pintu Masjid Al-Aqsa, di mana tentera Israel menyasarkan mereka dengan mercun.

  Seorang pemuda berjaya membakar kereta seorang pendatang Israel di kawasan kejiranan Al-Bustan di bandar Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa.

  Menurut sumber tempatan melaporkan, bahawa pasukan Israel menangkap beberapa orang pemuda, antaranya ialah Saleh Abu Farha, Ahmed Hamo, Fahmy Al-Salaymeh, Wissam Sidr, Laith Ghaith, dan Mustafa Abu Ghazaleh, dari Kota Lama Jerusalem. Tentera turut menahan dua lagi pemuda, Musa Ayesh dan Mahdi Al-Karaki, dari bandar Al-Tur, selepas menyerbu rumah keluarga tahanan pada subuh hari ini, dengan memusnahkan peralatan rumah mereka dan menggeledah mereka secara kasar.

  Manakala di Silwan, tentera Israel menangkap tiga beradik dari kejiranan Batn al-Hawa.

Dan sumber Baitulmaqdis menyatakan bahawa pasukan tentera Israel menyerbu rumah keluarga tiga beranak itu, Musa, Fouad dan Omar Jibril, di Batn al-Hawa, sebelum menangkap mereka. Pagi ini, tentera juga menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa, dan menangkap seorang kanak-kanak dan membawanya ke pusat tahanan.

  Pasukan tentera juga menangkap pemuda dari Jerusalem, Muhammad Jaradat, dari bandar Al-Ram, semasa dia melalui pos pemeriksaan Jaba, di utara Baitulmaqdis.

  Pihak berkuasa Israel sebelum ini telah melanjutkan penahanan: Qusai Suleiman, Ihab Hamed, Mahdi Kabha, Amir Kabha, Ahmed Kabha, Faisal Kabha, Omar Kabha, Faris Yassin, Ahmed Khalifeh, Diaa Abu Dayyah, Tamer Khalifah, dan Musa Tharshan sehingga 18 April.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,137
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....