000000
X
PALESTIN
Israel larang kemasukan 'bukan Islam’ ke Masjid Al-Aqsa, bimbang cetus provokasi
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
13 April 2023 | 2.41 petang
Pendatang Israel dan pelancong bukan Islam akan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis yang diduduki sehingga akhir Ramadan, kata pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada hari Selasa dalam satu kenyataan.

Netanyahu, bersama Menteri Perang Yoav Gallant dan Menteri Keselamatan Negara Ben-Gvir, memutuskan untuk "melarang kemasukan pelawat dan pelancong Yahudi ke Temple Mount sehingga akhir Ramadan," ucap Netanyahu.

Keputusan ini telah dibuat oleh Israel pada tahun-tahun sebelumnya, tetapi tahun ini ia berlaku hanya beberapa hari selepas ratusan pendatang Israel menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa sambil disokong oleh tentera Israel yang bersenjata lengkap manakala penduduk Palestin disekat daripada memasuki Masjidil Aqsa.

Lebih-lebih lagi, keputusan itu dibuat berikutan serangan kejam tentera Israel ke atas masjid dan jemaah yang sedang menyambut bulan suci Ramadan dan berkumpul bersama-sama untuk menunaikan solat terawih. Sekurang-kurangnya tiga malam berturut-turut, tentera Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa, mengusir secara paksa para jemaah dari masjid, dan menyerang serta menangkap berpuluh-puluh daripada para jemaah. Israel juga menafikan hak keluar masuk kepada jemaah di bawah umur 40 tahun.

Ben-Gvir, bagaimanapun, mengecam keputusan itu, berkata "Apabila keganasan menyerang kita, kita mesti menyerang balik dengan kekuatan yang hebat, bukan menyerah kepada kehendaknya."

Langkah itu datang pada sepuluh malam terakhir Ramadan, yang termasuk Laylat al-Qadr, bahasa Arab untuk "malam kekuasaan", yang jatuh dalam tempoh ini.

Sepuluh hari terakhir bulan itu amat penting bagi umat Islam, yang cuba meningkatkan dan memperhebatkan ibadah mereka dalam tempoh ini. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,657,255
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....