000000
X
PALESTIN
Tentera Israel Bunuh 2 Orang Penduduk Nablus
Oleh: Rusydan Yusup
12 April 2023 | 1.22 tengahari
Tentera Israel menembak dan membunuh dua orang rakyat Palestin pada hari Selasa berhampiran perkampungan Deir Al Hatab, timur bandar Nablus, Tebing Barat, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata, 2 rakyat Palestin yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai Saoud al-Titi dan Muhammad Abu-Thira’a.

Menurut saksi mata, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah tiga rakyat Palestin, membunuh dua orang dan mencederakan seorang lagi. Tentera Israel menahan jenazah dua rakyat Palestin yang terbunuh itu.

Kementerian Kesihatan menambah, dengan pembunuhan al-Titi dan Abu-Thira'a, jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel sejak awal 2023 telah meningkat kepada 98 orang.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,629
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....