000000
X
PALESTIN
Hasil tinjauan, orang ramai mula menolak Netanyahu
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
11 April 2023 | 2.41 petang
Menurut saluran media Ibrani 13 mendedahkan pada pagi semalam bahawa hasil tinjauan daripada orang awam “Israel” selama tiga bulan selepas pembentukan kerajaan Benjamin Netanyahu mendapati 60% daripadanya mengesahkan ketidakpuasan hati orang ramai terhadap Israel dan kerajaan Netanyahu. Mereka juga tidak percaya kepada keupayaannya untuk menghadapi cabaran.

Sebaliknya hanya 27% yang menyatakan berpuas hati terhadap prestasi semasa kerajaan. Manakala bagi prestasi perdana menteri pula, sebanyak 71% menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Netanyahu berbanding 20% yang menyatakan prestasinya sebagai baik.

Berkenaan dengan senario pemilihan pula, 33% menyatakan sokongan terhadap pembentukan “kerajaan perpaduan” di mana Benny Gantz dan Yair Lapid akan mengambil bahagian di dalam pembentukan itu. 33% lagi menyatakan keinginan untuk mengadakan pilihan raya baru dan kurang daripada 25% menyokong kerajaan yang sedia ada ini.

Dalam masa yang sama, tinjauan mendapati Parti Likud yang memerintah menduduki tempat ketiga dalam kalangan parti-parti dengan 20 kerusi berbanding 29 kerusi untuk Benny Gantz Parti Biru Putih, manakala Yair Lapid mempunyai 21 kerusi bagi mewakili ketua pihak pembangkang.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,632
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....