000000
X
PALESTIN
17 000 Pendatang Haram Yahudi Serbu Nablus: Ratusan Penduduk Palestin Cedera
Oleh: Rusydan Yusup
11 April 2023 | 1.51 tengahari
NABLUS - Lebih 200 rakyat Palestin cedera apabila lebih 17,000 pendatang haram Yahudi Israel menyerbu kawasan Jabal Sabih, selatan Nablus, pada Isnin, lapor Al Jazeera.

Pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA), Ghassan Daghlas yang memantau aktiviti penempatan di utara Tebing Barat, memberitahu agensi berita rasmi Palestin WAFA bahawa ribuan pendatang haram tersebut menganjurkan perarakan dari persimpangan Za'tara ke arah pos petempatan Aviatar yang telah dikosongkan yang berada di puncak gunung Jabal Sbeih.

Daghlas menambah bahawa sekurang-kurangnya 7 menteri Israel dan lebih 20 anggota parlimen Israel, termasuk Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich dan Menteri Keselamatan, Itamar Ben Gvir, mengambil bahagian dalam perarakan itu, untuk menuntut pengesahan pos petempatan itu.

Menurut Al Jazeera, lebih 200 rakyat Palestin cedera, kebanyakannya akibat terhidu gas.

Tentera Israel dikerahkan secara besar-besaran di jalan antara Ramallah dan Nablus, manakala pusat pemeriksaan di Za’tara dan Huwwara menghalang pergerakan dan memaksa kenderaan Palestin mengambil laluan alternatif yang lebih panjang untuk sampai ke destinasi mereka.

Pada awal hari tersebut, seorang warga Palestin terbunuh di kawasan Ariha (Jericho) manakal yang lain mengalami kecederaan dalam pelbagai pertempuran melibatkan tentera Israel dan pemuda Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,528
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....