000000
X
PALESTIN
2 pemuda ditahan tentera Israel di dua tempat yang berasingan
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
10 April 2023 | 3.41 petang
Beberapa orang penduduk Palestin dilaporkan cedera semasa pencerobohan tentera Israel keatas bandar Nablus dan Hebron, manakala para pejuang Palestin berusaha menghadapi pencerobohan tersebut yang membawa kepada pertempuran yang dahsyat. 

Akibat daripada pertempuran tersebut, dua pemuda dilaporkan cedera terkena serpihan peluru, tiga orang lagi cedera di tangan dan 10 orang mengalami sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata. Kesemua mereka menerima rawatan di tempat kejadian.

Pasukan tentera Israel membuat serbuan di kem Al-Ain, barat bandar. Manakala para pejuang menyasarkan tentera Israel dengan bom buatan sendiri yang mengakibatkan kerosakan pada kenderaan tentera. 

Tentera Israel telah berjaya menangkap seorang pemuda Palestin semasa serbuan mereka di Nablus.

Menurut laporan sumber tempatan, tentera menyerbu di Jalan Baker dan menahan seorang bekas tahanan penjara Israel yang bernama Abdul Rahman. Manakala di Hebron pula tentera menangkap seorang lagi pemuda bernama Musab Khalil selepas tentera menyerbu dan menceroboh rumah milik beliau. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,454
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....