000000
X
PALESTIN
Negara-negara Arab kutuk tindakan Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
6 April 2023 | 3.14 petang
Beberapa negara Arab termasuk Arab Saudi dan Mesir telah mengutuk tindakan kejam tentera Israel ke atas penduduk Palestin di Masjid AL-Aqsa dan serangan mereka ke atas masjid itu pada ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

Arab Saudi berkata, mereka telah mengikuti perkembangan di Masjid AL-Aqsa dengan perasaan yang bimbang. 

Manakala Kementerian Luar Arab Saudi berkata dalam satu kenyataan pada hari Selasa, bahawa kerajaan Saudi mengutuk pencerobohan tentera Israel secara terang-terangan ini dan menolak amalan kekerasan ini kerana ia akan menjejaskan usaha damai dua pihak dan bertentangan dengan prinsip dan norma antarabangsa yang saling menghormati antara agama lain.

Beliau juga menegaskan pendiriannya bahawa beliau menyokong semua usaha yang bertujuan untuk menamatkan penjajahan Israel ke atas Palestin dan bagi mencapai penyelesaian yang adil terhadap seluruh isu Palestin. 

Mesir juga menyelar tindakan tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luarnya bahawa aksi keganasan seperti itu dan pencerobohan yang berulang kali terhadap kesucian masjid telah menimbulkan perasaan marah di kalangan semua rakyat Palestin dan seluruh negara Islam.

Manakala Menteri Luar Jordan juga mengutuk sekeras-kerasnya serbuan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan menyeru mereka supaya menghentikan tindakan sedemikian kerana ianya melanggar norma antarabangsa, dan beliau menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang akibat yang akan berlaku. 

Qatar juga mengutuk tindakan Israel tersebut dan menganggap serangan tersebut adalah vandalisme terhadap Masjid AL-Aqsa.

Kementerian Luar Negara Qatar berkata, “Jenayah kejam ini adalah satu tindakan yang serius dan merupakan pelanggaran terang-terangan keatas tempat suci. Ia juga melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi legitimasi antarabangssa dan memprovokasi perasaan lebih daripada 2 billion umat Islam di dunia ini terutamanya ketika Umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan.” 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,668,424
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....