000000
X
PALESTIN
Israel Lancar Serangan Pelbagai Arah Ke Atas Gaza
Oleh: Rusydan Yusup
6 April 2023 | 1.33 tengahari
GAZA - Pesawat perang, artileri dan tentera laut Israel menyerang beberapa lokasi di Semenanjung Gaza yang pada pagi Rabu, lapor agensi berita rasmi WAFA.

Wartawan WAFA berkata bahawa pesawat pejuang Israel menyasarkan sebuah tapak di barat daya Bandar Gaza dan satu lagi di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza dengan tiga peluru berpandu, menyebabkan kerosakan di tapak itu tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Artileri Israel turut melepaskan tiga das tembakan ke arah tapak timur bandar Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza menyebabkan kerosakan teruk.

Artileri itu melepaskan empat peluru di tapak di timur Khan Yunis, di selatan Semenanjung Gaza, menyebabkan kerosakan harta persendirian berhampiran.

Tiga peluru meriam turut dilepaskan di tapak barat laut Beit Lahiya, di utara Semenanjung Gaza, menyebabkan kebakaran berlaku.

Pada masa yang sama, tentera laut Israel melepaskan beberapa peluru ke arah bot nelayan Gaza di luar pantai kawasan al-Sudaniyya, barat laut Kota Gaza.

Israel mendakwa bahawa serangan itu berlaku selepas roket ditembak dari Gaza dan jatuh di selatan Israel. Roket itu ditembak sebagai tindak balas terhadap serangan kejam Israel di masjid Al-Aqsa awal hari Rabu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,903
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....