000000
X
PALESTIN
Serangan Masjid al-Aqsa: Rakyat Palestin Mula Bertindak Balas
Oleh: Rusydan Yusup
5 April 2023 | 1.57 tengahari
Tentera Israel dilaporkan telah menyerang dan mengusir secara paksa jemaah Palestin daripada  Masjid al-Aqsa (al-Qibli) di Baitul Maqdis Timur, menyebabkan banyak kecederaan dan penahanan para jemaah.

Selepas memecahkan tingkap di masjid, tentera Israel melepaskan bom tangan kejut (stunt grenade) sebelum menyerbu masjid, membelasah orang ramai dan menggari jemaah.

Penduduk Palestin dengan segera bertindak, terutamanya ketika masjid-masjid di Baitul Maqdis menyeru gerakan umum untuk melindungi para jemaah yang terperangkap di dalam masjid dan untuk membolehkan doktor datang dan merawat mereka yang cedera.

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di Baitul Maqdis juga telah meningkatkan tahap amaran kepada 'tahap maksimum', menyeru semua kru dan sukarelawannya untuk menyertai usaha menyelamat.

PBSM Palestin melaporkan 7 kecederaan manakala Al-Jazeera melaporkan sebanyak 400 rakyat Palestin telah ditahan. Media Israel dalam pada itu melaporkan terdapat 10 roket telah dilancarkan dari dalam Gaza menuju ke Israel.

Pihak Berkuasa Palestin (PA), Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan Gerakan Jihad Islam masing-masing telah mengeluarkan kenyataan mengecam serangan tersebut. Kementerian Luar Jordan juga mengeluarkan kenyataan dan menganggapnya sebagai satu bentuk pelanggaran dan pencabulan secara terang-terangan dan tidak boleh diterima.

Berikutan serangan, beribu-ribu rakyat Palestin di Gaza, Nablus dan bandar-bandar dan pekan Palestin lain di Tebing Barat dan Gaza turun ke jalan dalam protes spontan menuntut mobilisasi besar-besaran terhadap Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,924
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....