000000
X
PALESTIN
Tentera Israel Buat Kacau di Stadium Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
4 April 2023 | 1.29 tengahari
Tentera Israel menyerbu stadium di Baitul Maqdis pada petang Khamis semasa perlawanan akhir merebut piala antara Jabal Al-Mukaber dan Balata FC. Pihak tentera melepaskan gas pemedih mata ke atas padang dan ke tempat penonton, lapor media Palestin.

Dua kenderaan berperisai Israel memasuki stadium pada separuh masa semasa perlawanan akhir antara pasukan Liga Perdana Tebing Barat, menyebabkan separuh masa kedua perlawanan digantung lebih sejam bagi memberi ruang peminat dan pemain dirawat.

"Gas meresap ke dalam bilik persalinan dan pemain sesak nafas, beberapa daripada mereka pengsan", kata kapten Balata, Saed Abu Saleem, menurut “tweet” terbaru terbaru Persatuan Bola Sepak Palestin di laman Twitter rasmi mereka.

"Letupan masih boleh didengari di bahagian belakang sepanjang dan selepas permainan," “tweet” Persatuan itu. Rami Hamadi, penjaga gol Jabal Al Mukaber juga terpaksa dirawat pada separuh masa kedua selepas terhidu gas pemedih mata.

Di sebalik serangan yang berlaku dan penundaan perlawanan selama sejam ke separuh masa kedua perlawanan, Jabal Al Mukaber terus memenangi Piala Yasser Arafat dengan kemenangan 1-0.

Samir Issa, pengurus Jabal Al Mukaber, berkata beliau telah mendedikasikan kemenangan itu kepada Abu Khadija, yang telah ditahan oleh Israel tanpa tuduhan sejak tiga minggu lalu.

Dalam perkembangan berasingan pada Khamis,Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melucutkan hak penganjuran Piala Dunia B-20 daripada Indonesia, berikutan bantahan pihak berkuasa dan rakyat Indonesia terhadap penyertaan Israel dalam kejohanan itu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,984
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....