000000
X
PALESTIN
Pertambahan jumlah jemaah di Masjid Al-Aqsa membimbangkan Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
3 April 2023 | 11.49 tengahari
Jawatankuasa Masjid Al-Aqsa mengesahkan bahawa jumlah jemaah semakin bertambah sehingga menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa Israel dan pendatang Yahudi, sambil mereka sentiasa mengingatkan untuk memperhebatkan ribath dan berjaga-jaga dalam permusafiran ke masjid ini. 

Aida Al-Sidawi yang merupakan salah seorang penduduk yang ditempatkan jauh dari Al-Aqsa berkata, “Pendatang Yahudi gerun dengan kehadiran sejumlah besar jemaah di Masjid AL-Aqsa , jadi mereka cuba menghalang daripada jemaah beriktikaf dan menghalau para jemaah secara paksa untuk mereka mencemar kesucian masjid ini.”

Aida berkata lagi, “ Tentera ISrael tidak mahu sebarang aktiviti perhimpunan penduduk Palestin di dalam Masjid Al-Aqsa kerana bimbang keselamatan nyawa pendatang Yahudi  yang sentiasa mencerobohi masjid ini, tentera juga merancang untuk melakukan pencerobohan secara besar-besaran ke atas masjid ini pada bila-bila masa sahaja.”

Beliau menegaskan lagi bahawa, “Para jemaah yang ribath di dalam masjid tidak memiliki apa-apa senjata tajam atau bom, sebaliknya senjata mereka hanyalah Al-Quran dan setiap muslim mesti mempertahankan Masjid AL-Aqsa dalam apa keadaan daripada Israel.”
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,515
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....