000000
X
PALESTIN
'Kami Tidak Akan Putus Asa’: Datuk Bandar Gaza Ketuai Peringatan Hari Tanah
Oleh: Rusydan Yusup
31 Mac 2023 | 1.04 tengahari
GAZA - Pada hari Khamis, 30 Mac, Majlis Perbandaran Gaza dan Kementerian Kerajaan Tempatan mengadakan acara awam di bawah sepanduk "Tanah Kami Adalah Identiti Kami".

Acara itu bertujuan untuk mengesahkan semula hak rakyat Palestin, terutamanya hak kembali untuk pelarian Palestin.

“Kami berdiri bersatu dan teguh walaupun menghadapi semua cabaran yang dihadapi rakyat, untuk mengesahkan hak kami ke atas tanah ini,” kata Datuk Bandar Gaza, Nizar Hijazi, sambil menambah bahawa rakyat Palestin “tidak akan melepaskan hak mereka.”

Hijazi juga menyeru semua rakyat Palestin untuk mengukuhkan perpaduan nasional dan berdiri bersama-sama dalam menghadapi penjajahan Israel.

Dalam acara itu, para peserta menanam anak benih dan mengecat bangku-bangku yang terletak di pinggir laut dengan nama-nama kampung Palestin yang musnah dan bandar-bandar yang diduduki.

Pada 30 Mac setiap tahun, rakyat Palestin di seluruh dunia memperingati Hari Tanah. Ulang tahun itu menandakan pembunuhan enam rakyat Palestin yang tidak bersenjata semasa protes terhadap rancangan tentera Israel untuk mengambil alih beribu-ribu dunum* tanah Palestin pada 1976.

*dunum ialah unit kiraan kawasan tanah pada zaman Uthmaniyyah
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,055
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....