000000
X
PALESTIN
Nablus bergolak lagi
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
28 Mac 2023 | 2.10 petang
Seramai 6 orang awam mengalami kecederaan dan 5 orang yang lain telah ditangkap oleh tentera Israel semasa serangan tentera dan pendatang ke atas Hawara, selatan Nablus. 

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, 5 orang penduduk Palestin yang dipukul oleh pendatang telah dimasukkan ke wad kecemasan manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kepala dan dirawat di Hospital Rafidia, semuanya dalam keadaan stabil. 

Pasukan tentera telah menangkap 4 orang penduduk Palestin termasuk seorang penduduk bersama anaknya. Selain itu pendatang Israel juga membakar kenderaan penduduk Palestin dan memusnahkan rumah-rumah penduduk di sekitar itu. 

Manakala di kampung Asira Al-Qibliya, pendatang menyerang rumah penduduk Palestin yang mengakibatkan dua rumah mengalami kerosakan.

Tentera Israel telah menembak peluru dan gas pemedih mata ke arah rumah-rumah penduduk Palestin dan mereka telah berjaya menangkap Mohammad Ahmed Saleh dan anaknya. 
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,757
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....