000000
X
PALESTIN
Peningkatan operasi para pejuang sejak 24 jam yang lalu
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
24 Mac 2023 | 2.52 petang
Perjuangan penduduk Palestin menentang penjajah direkodkan semakin meningkat sejak 24 jam yang lepas apabila terdapat 9 operasi perjuangan yang dicatatkan. 

Menurut pusat maklumat Palestin “Maata”, mereka telah memantau sebanyak 4 tembakan, pertempuran dengan pendatang Israel, dua bom molotov yang dibaling dan 2 kawasan penentangan. 

Pertempuran yang meletus antara kedua-dua pihak berlaku di Bab Hutta Baitulmaqdis dan di bandar Beita di Nablus.

Manakala para pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah tentera Israel di Ramallah, juga di pusat pemeriksaan tentera Dotan di Jenin, Izbat Shufa dan di kawasan penempatan Avni Haftez di Tulkarm.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, telah berlaku pertempuran bersenjata dan tembak menembak ketika tentera Israel sedang menyerbu kearah kawasan Izbat Shufa dan di Avni Haftez di Tulkarm.

Di Ramallah pula, sebuah kereta pendatang Israel telah ditembak dan pos kawalan tentera di Dotan, Nablus telah diserang oleh para pejuang.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,080
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....