000000
X
PALESTIN
Palestin Gesa ICC Tangkap Menteri Celupar Smotrich
Oleh: Rusydan Yusup
23 Mac 2023 | 1.15 tengahari
Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengumumkan pada hari Isnin bahawa ia akan menuntut Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menangkap Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, lapor agensi berita Anadolu.


Tindakan itu dibuat selepas Smotrich mendakwa bahawa rakyat Palestin adalah "ciptaan" dari abad lalu, semasa upacara peringatan di Perancis.


“Kami mengikuti dengan penuh minat kenyataan tidak bertanggungjawab dan menghasut yang dibuat oleh menteri pengganas yang penuh kebencian dan perkauman, datang daripada kebencian, keganasan dan dakwaan keunggulan bangsa Yahudi dengan mengorbankan negara lain di dunia, khususnya rakyat Palestin,” kata kementerian luar negeri PA.


“Kami akan meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa bertindak segera mengeluarkan waran tangkap terhadap pengganas perkauman ini.”


Kementerian tersebut turut mengecam Perancis kerana membenarkan Smotrich memasuki negara itu dan berada dalam kedudukan yang membenarkannya untuk membuat kenyataan "fasis".


“Kami akan meminta pihak berkuasa Perancis memastikan sebarang aktiviti yang berlaku di wilayah Perancis tidak melanggar undang-undang antarabangsa dan tidak membawa seruan menuntut penubuhan Israel Raya dengan mengorbankan undang-undang antarabangsa dan konvensyen.”


PA juga menyeru Kesatuan Eropah (EU) untuk mengambil pendirian bersepadu bagi  menghalang Smotrich daripada memasuki mana-mana negara anggota EU.


Mesir, Jordan, dan Palestin, sebagai tambahan kepada pertubuhan-pertubuhan Palestin, semuanya telah mengutuk kenyataan Smotrich.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,413
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....