000000
X
PALESTIN
Hamas Kecam Pencerobohan Israel Ke Atas Syria
Oleh: Abiidah Fadzlan Shahidi
15 Ogos 2022 | 7.00 AM
PALESTIN - Jurucakap Hamas Hazem Qassem mengutuk pencerobohan Zionis yang mensasarkan Syria pada petang Ahad dan menyebabkan kematian tiga askar Syria.

Qassem berkata dalam satu kenyataan akhbar, bahawa rejim pengganas Zionis telah meluaskan pencerobohannya terhadap rakyat dan negara Palestin.

Selepas jenayah rejim Israel di Semenanjung Gaza, pembunuhan orang awam yang disengajakan, pembunuhan di Tebing Barat serta pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa, terbaru rejim Zionis melakukan pencerobohan baru semalam melalui pengeboman biadab di bumi Syria.

Tambah beliau lagi, "Keganasan Zionis yang berterusan dan berlanjutan di seluruh rantau ini, mesti dihadapi dengan pendirian bersatu dari semua negara di rantau ini demi menghalangnya daripada meneruskan jenayah serta untuk menamatkan pencerobohannya terhadap Palestin." – Shehab News
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,638,267
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....