000000
X
PALESTIN
Israel Tutup Pejabat Radio Palestin di Baitul Maqdis Timur
Oleh: Rusydan Yusup
21 Mac 2023 | 1.23 tengahari
Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, pada hari Isnin mengarahkan penutupan pejabat stesen radio Voice of Palestine di Baitul Maqdis Timur dan di Israel, lapor Agensi Berita Anadolu.

Satu kenyataan oleh pejabat Ben-Gvir mengaitkan langkah itu dibuat kerana  terdapat unsur hasutan terhadap Israel oleh radio Palestin.

"Saya tidak akan menerima dan kami tidak akan membenarkan hasutan dan sokongan terhadap keganasan dan pengganas, tidak juga oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) mahupun oleh mana-mana badan lain," kata Ben-Gvir.

Menurut seorang wartawan Anadolu, beberapa kakitangan yang bekerja untuk stesen radio itu telah dipanggil oleh polis Israel untuk disoal siasat.

Pada 2019, Israel menutup pejabat TV Palestin rasmi di Baitul Maqdis Timur kerana didakwa menghasut Israel.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, di tengah-tengah serangan berulang Israel ke atas  bandar-bandar Palestin.

Hampir 90 rakyat Palestin telah terbunuh oleh tembakan Israel sejak awal tahun ini. Lima belas warga Israel juga telah terbunuh dalam serangan berasingan dalam tempoh yang sama.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,045
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....