000000
X
PALESTIN
Kenyataan Smotrich nafi kewujudan Palestin petanda bahaya buat Jordan - Ismail Haniyeh
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
20 Mac 2023 | 10.23 malam
  Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata bahawa kenyataan Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich yang menafikan kewujudan rakyat Palestin dalam sebuah kenyataannya di Paris merupakan sebuah petanda bahaya, bukan sahaja kepada Palestin, namun turut melibatkan negara Jordan.

Ucapan Smotrich ini merupakan isyarat kepada tindakan Israel yang merancang pembersihan etnik dan pemindahan paksa rakyat Palestin seperti apa yang berlaku pada tahun 1948.

Haniyeh juga berhasrat mengadakan sesi dialog strategik bersama Jordan untuk membincangkan cara atasi ancaman ini. Haniyeh menyeru masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab menentang dasar penjajah Israel yang bertentangan dengan undang-undang dan norma antarabangsa serta kemanusiaan.

Dalam pada itu, Smotrich yang berucap dalam sebuah persidangan di Paris menyatakan bahawa peta Israel merangkumi sempadan Kerajaan Hashemite Jordan dan wilayah Palestin yang terjajah. Kenyataan Smotrich ini telah membuktikan tindakannya yang melulu dan melanggar norma antarabangsa serta melanggar perjanjian damai Jordan-Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,341
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....