000000
X
PALESTIN
Ismail Haniyeh : Israel dan Pihak Berkuasa cuba melemahkan perjuangan pejuang Palestin
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
17 Mac 2023 | 2.25 petang
Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata bahawa Israel sedang cuba bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Palestin untuk menghapuskan usaha-usaha perjuangan pejuang Palestin di Tebing Barat. 

Beliau berkata lagi di dalam persidangan tersebut, “Kami menyaksikan sendiri peningkatan perjuangan bersenjata dan penyambungan generasi baru di bumi Palestin terutamanya di Tebing Barat.”

Ismail Haniyeh berkata lagi bahawa perjuangan di Tebing Barat amat strategik dan ianya akan berterusan di semua wilayah Palestin sehinggalah penjajahan akan berakhir. 

Dalam konteks yang berkaitan, Ismail mengesahkan bahawa jurutera Briged Al-Qassam mampu untuk menghasilkan peluru berpandu yang mencapai sehingga ke Israel walaupun dikepung, kerana Israel hanya memahami bahasa kekerasan.

Beliau menegaskan lagi, entiti Israel itu sedang hidup di dalam keadaan yang paling teruk dan krisis politiknya sangat besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan beliau juga memberi penegasan bahawa Hamas percaya dengan kesepakatan perdamaian antara Algeria dengan Palestin. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,341
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....