000000
X
PALESTIN
Arahan Mahkamah Daerah Israel - Robohkan Sekolah Yang Dibiayai Penderma
Oleh: Abiidah Fadzlan Shahidi
11 Ogos 2022 | 9.28 AM
RAMALLAH - Mahkamah Daerah rejim Israel di Baitulmaqdis semalam memerintahkan perobohan segera sekolah Ein Samiya berhampiran Ramallah yang dibiayai oleh komuniti Eropah.

Sekolah Ein Samiya telah dirasmikan pada pertengahan Januari yang menyelaraskan hubungan antara Kementerian Pendidikan Palestin dengan bahagian pembiayaan dari Eropah.

Peguam bagi Pusat Bantuan Guaman dan Hak Asasi Manusia Baitulmaqdis telah mengemukakan petisyen bagi pihak penderma tanah; seorang penduduk di bandar Kafr Malik Ramallah, terhadap keputusan mahkamah yang dikeluarkan pada 28 April untuk merobohkan sekolah berkenaan.

Hakim mahkamah memberi dua pilihan kepada pempetisyen: sama ada untuk melakukan perobohan sendiri pada tarikh tertentu, atau perobohan tersebut akan dilakukan oleh jentolak rejim, di mana pempetisyen akan dipaksa untuk membayar kos yang meningkat sebagai tambahan kepada denda yang berat dan bayaran mahkamah.

Pada bulan Februari, wakil dari EU dan negara-negara yang sehaluan melawat komuniti Ein Samiya berhampiran Ramallah memandangkan risiko serius perobohan sekolah berkenaan, yang menyediakan akses pendidikan untuk kanak-kanak di Ein Samiya dan komuniti jiran pengembala.

Sebelum pembinaan sekolah berkenaan, kanak-kanak terpaksa berjalan ke sekolah terdekat di Ras al Tin, kira-kira 9 km jauhnya, yang juga berdepan risiko dirobohkan oleh pihak berkuasa Israel. Perjalanan yang panjang ini menyebabkan pelajar terdedah kepada gangguan, terutamanya oleh pendatang haram, kerana tiada pengangkutan awam yang menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat. Hal ini juga meningkatkan risiko keciciran sekolah, terutamanya dalam kalangan perempuan, kata EU dalam satu kenyataan selepas lawatan itu.

Katanya lagi, “Wakil dari EU dan negara yang sehaluan menggesa Israel menghentikan perobohan, pengusiran dan rampasan tanah Palestin, termasuk projek yang dibiayai oleh penderma. Penerusan dasar ini melanggar undang-undang antarabangsa, menjejaskan daya maju penyelesaian dua negara dan prospek keamanan berkekalan di rantau ini,”. - WAFA
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,650,608
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....