000000
X
PALESTIN
Knesset Lulus Undang-undang Tempatkan Semula Pendatang Haram Yahudi di Pos Haram Yang Dikosongkan
Oleh: Rusydan Yusup
16 Mac 2023 | 1.30 tengahari
Parlimen Israel (Knesset) meluluskan bacaan pertama rang undang-undang baharu pada hari Isnin, membenarkan pendatang haram Yahudi menduduki pos-pos di Tebing Barat yang dikosongkan sejak 2005, lapor The New Arab.

40 ahli Knesset mengundi untuk menyokong draf undang-undang itu, manakala 17 penggubal undang-undang menentang langkah yang mengandungi ancaman langkah panjang itu.

"Tiada lagi sebarang justifikasi untuk menghalang orang Israel daripada memasuki dan tinggal di wilayah yang dipindahkan di utara Samaria," kata teks pengenalan kepada undang-undang tersebut, yang akan membuka pintu kepada penempatan semula Homesh, Ganim, Kadim, dan Sa- Nur, semuanya dibina di atas tanah persendirian Palestin di Tebing Barat.

Judea dan Samaria adalah istilah yang digunakan oleh Israel untuk Tebing Barat, yang telah diduduki sejak 1967.

Rang undang-undang baharu itu adalah sebahagian daripada perjanjian pakatan pilihan raya Netanyahu dengan parti ekstrem kanan yang menyokong pembinaan petempatan berterusan di Tebing Barat, yang menyalahi undang-undang antarabangsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,721
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....