000000
X
PALESTIN
Datuk Bandar di Israel ugut untuk 'haram’kan rakyat Palestin daripada menaiki bas
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
14 Mac 2023 | 10.26 malam
Datuk Bandar Israel di Beitar Illit mengarahkan supaya penduduk Palestin di Tebing Barat tidak dibenarkan untuk menaiki bas.

“Saya meminta supaya Menteri Pengangkutan Miri Regev menghentikan fenomena di mana rakyat Palestin menaiki bas dan mengelakkan diri mereka daripada diperiksa polis Israel,” kata Meir Rubenstein kepada radio Kol Hai pada hari Ahad yang lepas sambil menambah bahawa beliau juga meminta syarikat keselamatan supaya menjalankan juga pemeriksaan keselamatan ke atas bas yang dinaiki penduduk Palestin. 

Pada hari Isnin yang lepas, Meir dipetik oleh wartawan bebas Yedidya Epstein berkata, “Saya mengarahkan supaya penumpang Arab diturunkan daripada bas walaupun mereka mempunyai kad pengenalan biru. Polis juga memeriksa saya jika mereka mahu.”

Pemegang kad pengenalan Palestin dikelaskan dalam tiga kategori dan mereka diberikan atau dinafikan hak oleh Israel. Manakala penduduk Jerusalem diberi kad pengenalan biru yang membolehkan mereka mengakses “Israel”(Palestin yang dijajah 1948). Rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza pula diberi kad pengenalan warna hijau yang menyatakan pegangan agama mereka.

Manakala di pihak Perbandaran mereka menyatakan bahawa kenyataan datuk bandar tersebut bermaksud agar larangan menaiki bas hanya dikenakan kepada penduduk di Tebing Barat dan bukannya pemegang kad pengenalan biru, lapor Jerusalem Post.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,563
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....