000000
X
PALESTIN
3 orang pemuda maut di Nablus, seorang lagi ditangkap tentera Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
12 Mac 2023 | 10.26 malam
Tiga orang pemuda Palestin mati dibunuh oleh tentera Israel manakala mangsa yang keempat telah ditangkap oleh tentera. Kejadian berlaku di barat daya Nablus, Tebing Barat. 

Menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataannya telah berkata, mereka telah menerima laporan daripada Pihak Berkuasa Awam Hal Ehwal Awam bahawa 3 orang penduduk Palestin telah terbunuh selepas tentera Israel menembak mereka dengan menggunakan peluru hidup. 

3 orang syuhada tersebut ialah Muhammad Jihad, Uday Othman dan Muhammad Raed. Tentera juga mengumumkan bahawa mereka telah melepaskan tembakan kearah 3 orang pemuda Palestin di sekitar Persimpangan Surrra, barat daya Nablus pagi hari Ahad. 

Menurut jurucakap tentera Issrael, ketiga-tiga pemuda tersebut bersama seorang lagi pemuda menaiki kenderaan dan tentera telah melepaskan tembakan mengakibatkan tiga daripada mereka terbunuh dan seorang lagi telah ditangkap tentera Israel. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,366
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....