000000
X
PALESTIN
Palestin: 80 Dibunuh Dalam Tempoh 3 Bulan
Oleh: Rusydan Yusup
12 Mac 2023 | 7.40 pagi
Qalqiliya - Tentera Israel telah menembak dan membunuh seorang remaja Palestin di bandar Qalqilya, di utara Tebing Barat yang diduduki, lapor agensi berita rasmi WAFA.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata Amir Mamoun Odeh, 16, ditembak di dada oleh tentera Israel.

Odeh cedera parah di pintu masuk utara ke bandar itu. Beliau dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Dalam perkembangan sebelum ini, seorang pemuda Palestin turut dibunuh di Qalqiliya, namun pelakunya bukan pihak tentera tetapi pendatang haram Yahudi.

Menurut angka yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan, tentera Israel telah membunuh 80 rakyat Palestin, termasuk 15 kanak-kanak, sejak awal tahun ini.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,629
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....