000000
X
PALESTIN
Pemuda Palestin Maut Dibunuh Pendatang Haram Yahudi
Oleh: Rusydan Yusup
11 Mac 2023 | 9.44 malam
QALQILIYA | Seorang pendatang haram Yahudi menembak dan membunuh seorang pemuda Palestin pada pagi Jumaat berhampiran bandar Qalqiliya di Tebing Barat, lapor agensi berita rasmi WAFA.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan bahawa seorang pendatang haram Yahudi membunuh Abdul-Karim Badie Sheikh, 21, seorang penduduk bandar Sanniriya, di pinggir petempatan haram Yahudi Ma’ale Shomron.

Berikutan pembunuhan itu, tentera Israel menyerbu masuk ke Sanniriya dan menggeledah beberapa rumah, termasuk rumah keluarga warga Palestin yang terbunuh.

Ditubuhkan pada tahun 1980, Ma'ale Shomron adalah salah satu daripada lima petempatan haram yang mengelilingi dan menghadap ke rizab alam semula jadi Wadi Qana di utara Tebing Barat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,920
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....