000000
X
PALESTIN
70,000 jemaah solat Jumaat di Al-Aqsa
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
10 Mac 2023 | 11.13 tengahari
Puluhan ribu rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat hari ini di Masjid Al-Aqsa walaupun mereka disekat oleh tentera Israel di dalam dan sekitar Baitulmaqdis. 

Menurut sumber dari Baitulmaqdis, kira-kira 70,000 jemaah yang datang dari Baitulmaqdis dan kawasan yang lain termasuk Tebing Barat turut berjaya memasuki masjid suci itu untuk menunaikan solat Jumaat. 

Selepas solat Jumaat, para jemaah menunaikan solat jenazah ghaib untuk roh para syuhada yang telah dibunuh dengan kejam oleh zionis terutama di kawasan Nablus dan Jenin. 

Tokoh ternama di Baitulmaqdis sebelum ini pernah memberi amaran tentang akibat  daripada dasar kerajaan Israel di bawah pemerintahan Ben Gvir dan Netanyahu tentang rancangan mereka untuk mengurangkan populasi penduduk Palestin di Baitulmaqdis.

Malah Israel berusaha untuk mengubah demografi di kawasan Masjid Al-Aqsa untuk mengurangkan peratus penduduk Palestin tidak lebih daripada 20% dan ini adalah merupakan bukti perang demografi yang dicari oleh Israel. 

Pada khutbah Jumaat tersebut, khatib menyeru para jemaah untuk bersatu menyokong tahanan yang ditahan di penjara dan berusaha menjaga kesucian umat islam. 

Khatib juga menegaskan untuk sentiasa menjaga menghidupkan masjid ini pada setiap masa terutamanya pada bulan Ramadhan yang akan tiba nanti. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,502
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....