000000
X
PALESTIN
Majlis Kerjasama Teluk mengutuk serangan Israel ke atas Jenin dan kem pelariannya
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
9 Mac 2023 | 7.10 pagi
RIYADH - Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk, Jassem Mohammad Al-Budaiwi, semalam mengutuk serangan tentera rejim Israel ke atas bandar Jenin dan kem pelariannya, yang membawa kepada kematian enam rakyat Palestin dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Al-Budaiwi, dalam satu kenyataan, menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera bagi menghentikan jenayah Israel, sambil menegaskan ia adalah pelanggaran terang-terangan terhadap resolusi legitimasi antarabangsa berhubung isu Palestin.

Beliau menekankan kepentingan untuk menyediakan perlindungan yang diperlukan untuk rakyat Palestin dengan menyokong usaha serantau dan antarabangsa untuk memajukan proses damai di Timur Tengah.

Al-Budaiwi menegaskan kedudukan negara-negara GCC terhadap isu Palestin sebagai isu utama bagi orang Arab dan Muslim malah menyatakan sokongan untuk penubuhan negara Palestin merdeka dalam sempadan 4 Jun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,319
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....