000000
X
PALESTIN
Pendatang haram Yahudi berterusan memprovokasi rakyat Palestin di Nablus
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
8 Mac 2023 | 8.10 pagi
NABLUS – Pendatang haram Yahudi terus mengamuk dan membuat provokasi di Tebing Barat dengan menyerbu kampung dan menyerang orang awam Palestin.

Di bandar Kufl Haris, utara bandar Nablus di utara Tebing Barat, kira-kira 100 pendatang haram menceroboh pagi semalam ke bandar berkenaan di bawah perlindungan tentera sambil melakukan upacara keagamaan sambil melaungkan slogan anti-Palestin, sumber tempatan memberitahu WAFA.

Menurut Ghassan Daghlas, seorang pegawai tempatan, pendatang haram kembali ke bandar Hawara, selatan bandar Nablus di Tebing Barat utara malam semalam dan menyerang penduduk, pekedai dan orang awam di jalan utama.

Beliau berkata sebuah keluarga Palestin cedera di pertengahan jalan raya apabila pendatang haram membaling batu ke arah kereta mereka sehingga mencederakan pemandu di kepala dan seluruh keluarga, termasuk kanak-kanak. Selain itu, kecederaan juga akibat kaca yang pecah dan gas, selain panik  dengan tindakan yang berlaku. 

Seorang pendatang haram, tambah Daghlas, melepaskan tembakan secara langsung ke arah seorang lagi penduduk yang melalui jalan itu menyebabkan kereta itu rosak biarpun tiada sesiapa yang tercedera.

Penduduk keluar untuk menentang jenayah pendatang haram tetapi diserang oleh tentera rejim yang melindungi pendatang haram yang menari di jalan-jalan bandar. Turut kelihatan, beberapa orang sesak nafas kerana terhidu gas yang dilepaskan oleh tentera rejim.

Hawara adalah tempat kejadian minggu lalu oleh pendatang haram yang membakar berpuluh-puluh rumah dan kenderaan Palestin, membunuh seorang dan mencederakan lebih 350 yang lain.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,515
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....