000000
X
PALESTIN
Mahkamah Israel Lulus Perobohan Sekolah Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
7 Mac 2023 | 1.36 tengahari
BETHLEHEM - Mahkamah Israel pada hari Isnin membuat keputusan yang memihak kepada perobohan sebuah sekolah dalam komuniti Jub Al-Dhib, di Bethlehem, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Penyelaras Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan, Hassan Brijiyeh berkata bahawa Mahkamah Israel Pusat mengeluarkan keputusan yang memihak kepada perobohan Sekolah al-Tahadi 5 di perkampungan Tebing Barat. Mahkamah telah menerima secara efektif petisyen yang dikemukakan oleh kumpulan pendatang haram Yahudi Regavim, untuk merobohkan sekolah tersebut.

Brijiyeh menambah bahawa keputusan mahkamah baharu itu, bertujuan untuk memberi justifikasi kepada perobohan, memberi kebenaran 60 hari sebelum perobohan dijalankan.

Pada 27 Februari, mahkamah menolak rayuan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan serta Persatuan St. Yves untuk menentang perobohan sekolah tersebut, yang sebelum ini dirobohkan dan dibina semula pada 2017.

Sekolah itu dibina di atas tanah yang didermakan oleh rakyat Palestin, yang memiliki kertas undang-undang membuktikan pemilikan mereka ke atas tanah tersebut.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,381
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....