000000
X
PALESTIN
Pendatang Haram Yahudi Serang Rumah Palestin di Burin
Oleh: Rusydan Yusup
6 Mac 2023 | 1.23 tengahari
Pendatang haram pelampau Yahudi pada hari Jumaat melancarkan serangan ke atas kawasan kejiranan rakyat Palestin Burin di pinggir selatan bandar Nablus Tebing Barat.

Aktivis anti-penempatan Ghassan Daghlas berkata bahawa pendatang haram Yahudi melemparkan batu ke arah rumah penduduk Palestin, dengan menyatakan bahawa tingkap beberapa rumah dipecahkan.

Beliau turut berkongsi bahawa mereka membaling batu ke arah kenderaan rakyat Palestin di lebuh raya utama Huwara.

Pendatang haram Yahudi, menurut Daghlas, melepaskan tembakan ke udara dan memecahkan mata air yang menyediakan air untuk beberapa kawasan kejiranan Palestin.

Sementara itu, pendatang haram pelampau Yahudi menyerang rakyat Palestin dan aktivis antarabangsa ketika mereka dalam lawatan solidariti menziarahi keluarga Palestin di Syeikh Jarrah yang menghadapi pengusiran paksa.

Lebih 500 rakyat Palestin yang tinggal di 28 rumah di kawasan kejiranan itu berdepan risiko pengusiran paksa oleh kerajaan Israel berhaluan kanan Benjamin Netanyahu.

Pada masa yang sama, pasukan Israel yang menyamar telah menculik dua lelaki muda Palestin di kejiranan Silwan di Baitul Maqdis.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,099
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....