000000
X
PALESTIN
3 remaja Palestin menjadi mangsa keganasan tentera Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
4 Mac 2023 | 9.22 malam
Tentera Israel membunuh seorang remaja lelaki Palestin berumur 15 tahun di bandar Azzoun, timur Qalqilya Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel dilihat melepaskan tembakan  ke arah tiga remaja Palestin ketika mereka berada di pintu masuk bandar Azzoun sekitar jam 9 malam. 

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian Mohammad Nidal Salim yang telah ditembak di belakang dan mati terbunuh serta-merta di tempat kejadian. Beliau merupakan mangsa keganasan tentera Israel yang ke-14 pada tahun 2023.

Manakala dua lagi rakan beliau turut mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan seorang cedera ringan di tangan. Lapor Kementerian Kesihatan Palestin. 

Tentera Israel dan pendatang Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 67 orang rakyat Palestin termasuk 14 kanak-kanak sejak awal 2023. Antara yang maut juga ialah Ahmed Ali yang meninggal dunia di penjara Israel akibat kecuaian perubatan Israel yang tidak sistematik. 

Menurut rekod, tentera dan pendatang Israel telah membunuh seramai 35 orang rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis termasuk 8 kanak-kanak pada Januari tahun ini menjadikan bulan tersebut merupakan bulan paling berdarah bagi rakyat Palestin di kawasan tersebut sejak 2015, kata Kementerian Kesihatan Palestin lag
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,852
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....