000000
X
PALESTIN
‘Bala’tindas Palestin ,Kedudukan Mahmoud Abbas semakin goyah
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
2 Jun 2022 | 6.30 petang
PALESTIN - Wartawan Israel dalam akhbar “Israel Hayom”, Dana Ben Shimon berkata pagi Khamis bahawa presiden Palestin, Mahmoud Abbas sedang melalui tahap yang sukar kerana beliau telah kehilangan suara majoriti dan menghadapi ancaman besar melalui partinya sendiri.

Wartawan itu juga menambah dalam laporannya yang telah diterjemah oleh wartawan Shehab bahawa Abu Mazin (Abbas) sedang menghadapi tekanan ini kerana beliau dituduh oleh ahli partinya tentang kegagalan beliau dalam membuat dasar yang akhirnya membawa kepada kemerosotan taraf hidup rakyat Palestin.

Wartawan Israel itu turut membuka isu pergelutan yang berlaku dalam kalangan ahli gerakan Fatah dalam laporan ini, terutama selepas siri-siri pencerobohan Al-Aqsa dan kegagalan besar Fatah dalam pilihan raya di Universiti Berzeit serta isu pertukaran dan perletakan jawatan yang berlaku di dalam gerakan itu.

Dalam laporannya, Ben Shimon berkata, pembangkang di dalam gerakan Fatah menuntut agar langkah serius diambil untuk membuktikan keupayaan pergerakan itu untuk memimpin Rakyat Palestin, terutamanya selepas siri pencerobohan Masjid al-Aqsa baru-baru ini. Pihak pembangkang juga menganggap tahap keselamatan gerakan Fatah sekarang ini adalah lemah dan isu ini menyumbang kepada penurunan populariti Abbas. Dasar yang dibawa oleh Abbas juga terbukti tidak berkesan dan mereka (ahli gerakan) terpaksa membayar harga kesilapan Abu Mazin.

Ben Shimon juga menambah bahawa kritikan terhadap dasar Abbas mencapai kemuncaknya setelah keputusannya untuk melantik orang kepercayaannya, Hussein al-Sheikh menjadi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif. Hal ini mengundang ketidak persetujuan beberapa ahli gerakan Fatah kerana mereka menganggap ramai pemimpin Fatah lebih layak menyandang jawatan presiden setelah ketiadaan Mahmoud Abbas.

Selain itu, ahli gerakan Fatah menuntut pertukaran Perdana Menteri, Muhammad Shtayyeh kerana kegagalannya yang berturut-turut. Merujuk kepada ancaman yang dihadapi oleh Mahmoud Abbas, beliau menjelaskan bahawa matlamat tindakannya adalah untuk mengurangkan ketegangan dalam Fatah dan mengurangkan kritikan terhadapnya. – Shehab Agency
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,638,242
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....