000000
X
PALESTIN
'Segitiga Menakutkan’ Muncul Kembali Lawan Israel
Oleh: Rusydan Yusup
3 Mac 2023 | 1.00 tengahari
Briged Tulkarm mengumumkan melalui mesej video di saluran Telegramnya bahawa "kumpulan tindak balas pantas" telah berkumpul untuk bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai Israel di Tebing Barat, lapor The New Arab.

Ungkapan "kumpulan tindak balas pantas" merujuk kepada Raed al-Karmi, ketua Briged Syahid al-Aqsa semasa Intifada Kedua Palestin.

Briged Tulkarm telah mengumumkan kehadirannya pada masa yang sensitif selepas Lions’ Den di Nablus mengumumkan bahawa "kereta api penentangan" di Tebing Barat telah dilancarkan.

“Selepas Tulkarm mendapat akses kepada penentangan bersenjata dan selesainya pembentukan sel-selnya, pihak pejuang di Tebing Barat kini mempunyai perisai dan pedang,” kata kumpulan bersenjata itu dalam satu kenyataan selepas enam anggota Lion's Den terbunuh pada 23 Februari. 

Satu sumber yang rapat dengan Briged Tulkarm bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kepada The New Arab, mengenai kemunculan semula apa yang dahulunya dikenali sebagai 'Segitiga Menakutkan' (Jenin, Nablus dan Tulkarm), yang aktif pada masa Intifada Kedua.

Sumber itu berkata bahawa ini telah dianjurkan melalui tahap koordinasi yang tinggi di semua bahagian antara Briged Tulkarm, Lions’ Den di Nablus, dan Briged Jenin.

Pelancaran operasi penentangan oleh Briged Tulkarm bertepatan dengan Penganjuran rundingan peringkat tinggi oleh Jordan pada Sidang Kemuncak Aqaba pada Ahad, yang dihadiri oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan pegawai Israel.

Sumber itu berkata bahawa Briged Tulkarm menganggap sebarang percubaan untuk menghalang penentangan tidak boleh diterima. Dia menambah bahawa operasi terhadap Israel akan diteruskan dan "kejutan besar" akan datang.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,384
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....