000000
X
PALESTIN
Pelaksanaan hukuman mati terhadap tahanan umpama percubaan menghalalkan darah rakyat Palestin -Hamas
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
2 Mac 2023 | 7.23 pagi
PALESTIN - Hamas menegaskan bahawa undian "Knesset" Zionis terhadap draf undang-undang bacaan awal yang memperuntukkan hukuman mati terhadap tahanan Palestin adalah sebuah percubaan untuk menghalalkan pembunuhan sistematik yang diamalkan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Hamas menganggap undian terhadap undang-undang itu sebagai langkah perkauman dan jenayah yang mencerminkan orientasi kerajaan pendudukan fasis serta lanjutan daripada dasar pelaksanaan hukuman mati di lapangan yang dilakukan oleh tentera Zionis dengan mengabaikan sistem antarabangsa dan undang-undang serta piagam yang menjenayahkan perundangan membunuh undang-undang atas dasar diskriminasi dan perkauman.

Hamas turut menegaskan bahawa dasar dan undang-undang berkenaan tidak akan meruntuhkan semangat para pejuang untuk menentang jenayah rejim Zionis dan pencabulan oleh pendatang haram Yahudi. 

Hamas menggesa dan menuntut masyarakat dan institusi antarabangsa agar prihatin mengambil tindakan yang berkesan untuk menghalang dan menghukum kerajaan Zionis yang tidak pernah berhenti membunuh dan menghasut malah yang terbaru adalah mengizinkan pendatang haram Yahudi  untuk menyerang warga Palestin di pekan Huwara.

Hamas memberi amaran tentang bahaya ekstrem pemimpin rejim, yang akan menjadi lampu hijau untuk lebih banyak keganasan dan jenayah Zionis terhadap rakyat Palestin
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,722
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....