000000
X
PALESTIN
PBB: Syria Hadapi Ancaman Peningkatan Taun Selepas Gempa Bumi
Oleh: Rusydan Yusup
1 Mac 2023 | 1.49 tangahari
Syria barat laut berada di tengah-tengah "jumlah yang sangat tinggi" bagi wabak taun ekoran gempa bumi maut yang memburukkan lagi landskap kemanusiaan yang sudah teruk, kata ketua Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths pada hari Selasa, lapor Agensi Berita Anadolu.

"Risiko penyakit semakin meningkat di tengah-tengah wabak kolera yang sedia ada," kata Griffiths kepada Majlis Keselamatan, tiga minggu selepas gempa maut 6 Februari memusnahkan kawasan di Syria dan Turkiye. "Harga makanan, kos isi rumah dan barangan keperluan lain naik lebih tinggi, " lanjut beliau.

Tindakan segera perlu diambil untuk memulihkan air minuman kepada penduduk di rantau itu bagi menangani "ancaman taun yang berleluasa di Syria, barat laut dan seterusnya," katanya.

Lebih 50,000 orang maut di Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi, yang meruntuhkan beribu-ribu bangunan dan menyebabkan kerosakan besar di seluruh wilayah itu.

Di Syria, Griffiths berkata, ratusan bangunan kekal berisiko runtuh, dengan ribuan bangunan di bandar Aleppo besar kemungkinan perlu dirobohkan.

"Ramai orang, sudah tentu, takut untuk pulang ke rumah mereka yang masih belum disahkan selamat," katanya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,975
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....