000000
X
PALESTIN
Pemimpin Pendatang Haram Yahudi Seru Netanyahu Lancar Operasi Ketenteraan ke atas PA
Oleh: Rusydan Yusup
1 Mac 2023 | 1.27 tengahari
Yossi Dagan, ketua Majlis Penempatan di Tebing Barat, menyeru Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk melancarkan operasi ketenteraan terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PA), lapor media Israel pada hari Isnin.

“Kami menuntut daripada kerajaan kami untuk mencabut semua sumber keganasan, dan mengumpul semua senjata di Tebing Barat,” Dagan dipetik oleh Channel 12 sebagai berkata.

Pegawai Israel itu juga menggesa Netanyahu "untuk menyekat pergerakan militan dan mewujudkan semula pusat pemeriksaan keselamatan."

Menyifatkan PA sebagai "organisasi pengganas", Dagan menegaskan bahawa organisasi tersebut merupakan dalang di sebalik "gelombang operasi terhadap Israel."

Pada malam Ahad, pendatang haram Yahudi menyerang perkampungan Palestin Huwwara, di Tebing Barat, membunuh seorang lelaki dan mencederakan lebih 100 rakyat Palestin. Insiden itu diikuti dengan bantahan dan kecaman antarabangsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,657,355
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....