000000
X
PALESTIN
Ben-Gvir Ikrar Hancurkan Rakyat Palestin 'Satu demi Satu'
Oleh: Rusydan Yusup
28 Februari 2023 | 1.54 tengahari
Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir berjanji pada hari Isnin untuk "menghancurkan [Palestin] satu demi satu," akhbar Israel Haaretz melaporkan.

Ben-Gvir dilaporkan membuat komen itu semasa bercakap dengan pendatang haram Yahudi di pos haram Evyatar ketika mereka diusir oleh pihak berkuasa Israel.

"Musuh kita perlu mendengar mesej mengenai penyelesaian, tetapi juga (perlu mendengar) satu (mesej) untuk menghancurkan mereka satu demi satu," kata menteri itu. "Ini bukan perang yang bermula semalam, bukan perang yang akan berakhir dalam satu hari, tetapi ia adalah perang untuk rumah kita, untuk hidup kita."

Ben-Gvir menggesa para pendatang haram Yahudi supaya tidak mengambil undang-undang ke tangan mereka ketika mereka menyerang Palestin. Negara Israel, katanya, akan melakukan tugas itu untuk mereka.

“Saya faham perasaan sukar yang dirasai, tetapi ini bukan caranya,” kata Ben-Gvir, merujuk kepada keganasan perusuh dan pembakaran di perkampungan Huwara, Palestin pada malam Ahad. “Kita tidak mengambil undang-undang dengan tangan kita sendiri. Kerajaan Israel, Negara Israel, [Pasukan Pertahanan Israel], pasukan keselamatan; merekalah yang harus menghancurkan musuh kita,” tambah belia
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,504
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....