000000
X
PALESTIN
Pendatang Haram Yahudi Musnahkan Kampung Huwwara
Oleh: Rusydan Yusup
28 Februari 2023 | 1.45 tengahari
NABLUS - Pendatang Haram Yahudi menyerang perkampungan Palestin, Huwwara, di Tebing Barat, pada malam Ahad, membunuh seorang lelaki dan mencederakan lebih 100 rakyat Palestin. Insiden itu diikuti dengan bantahan dan kecaman antarabangsa

Timbalan Ketua Majlis Penyelesaian Tebing Barat, Davidi Ben Zion, menyeru pada malam kejadian  agar pendatang haram "memusnahkan" kampung Huwwara, lapor Middle East Monitor.

“Cukup dengan ceramah tentang membina dan mengukuhkan petempatan, pencegahan perlu dilakukan segera dan tidak ada ruang untuk belas kasihan,” tegas Ben Zion melalui ciapan di laman Twitter  ketika pendatang haram Yahudi menyerang kawasan kejiranan bandar Nablus di Tebing Barat.

Walaupun beliau memadamkan ciapan itu, yang dilaporkan oleh kebanyakan media Israel dan Palestin, tangkapan skrin menunjukkan bahawa Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich telah "menyukai"nya.

Seorang tokoh terkemuka dalam pergerakan penempatan haram Yahudi bercakap kepada penyiar awam Kan Israel pada pagi Isnin mengatakan bahawa adalah "memalukan" bahawa tentera Israel mengeluarkan pendatang haram Yahudi dari Huwwara.

“Kenapa kita perlu berhenti? Kami melindungi nyawa orang Yahudi… Sungguh memalukan kerana tentera tiba di sini,” kata Daniella Weiss kepada Kan.

Beliau menambah bahawa pendatang haram Yahudi "mempunyai banyak senjata api" jadi tidak ada keperluan untuk kehadiran tentera. “Sesiapa yang berfikir bahawa kita perlu menggunakan tentera untuk menangani penyerang ini [orang Palestin yang tinggal di Huwwara]… adalah salah.”

Insiden itu diikuti dengan bantahan dan kecaman antarabangsa. Antara yang memberi respon termasuk Duta Besar United Kingdom (UK) ke Israel, Neil Wigan, ahli parlimen Kanada, Niki Ashton, Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Anne Claire Legendre, Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Ned Price dan Pelapor Khas PBB mengenai Situasi Hak Asasi Manusia di Wilayah Palestin, Francesca Albanese.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,818
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....