000000
X
PALESTIN
Pendatang Haram Yahudi Bunuh Lelaki Palestin Berhampiran Nablus
Oleh: Rusydan Yusup
27 FEBRUARI 2023 | 1.11 PM
NABLUS | Seorang warga Palestin dibunuh pada petang Ahad oleh pendatang haram Yahudi di perkampungan Za'tara, selatan bandar Nablus, di Tebing Barat, lapor agensi berita rasmi WAFA.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata Sameh Aqtash, 37, terbunuh selepas beliau ditembak dengan peluru hidup semasa serangan oleh pendatang haram Yahudi dan tentera Israel di kampungnya.

Kampung-kampung dan bandar-bandar di kawasan Nablus kini diserang secara besar-besaran oleh tentera Israel dan pendatang haram Yahudi, yang setakat ini telah membunuh seorang rakyat Palestin, mencederakan lebih 100 yang lain, dan membakar berpuluh-puluh rumah, kenderaan dan bangunan.

Dengan pembunuhan Aqtash, jumlah rakyat Palestin yang telah dibunuh oleh tentera Israel sejak awal 2023 meningkat kepada 65 orang, termasuk empat terbunuh oleh tembakan pendatang haram Yahudi Israel, 13 orang kanak-kanak, dan empat orang warga emas.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,771
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....