000000
X
PALESTIN
Hamas tabik kepada wira Palestin di atas kejayaan operasi di Hawara
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
26 Febuari 2023 | 10.28 malam
Gerakan pejuang Islam, Hamas merestui operasi berani mati yang dilakukan penduduk Palestin di tengah-tengah Pekan Hawara, selatan Nablus. Kejadian itu mengakibatkan seorang pendatang Israel terbunuh dan pelaku berjaya keluar dengan selamat daripada tempat kejadian. 

Hamas mengesahkan operasi tersebut di dalam salah sebuah keratan akhbar hari ini dengan berkata, operasi tersebut adalah satu mesej kepada penceroboh Israel bahawa darah para syuhada’ tidak akan disia-siakan dan sesungguhnya rakyat kita mampu menangkis serangan pencerobohan.

Hamas berkata, “langkah ini adalah tindak balas rakyat terhadap jenayah pendatang Israel, yang terbaru kematian 11 orang rakyat Palestin di Nablus termasuk kanak-kanak dan orang tua.”

Hamas tabik hormat kepada wira di Hawara dan takziah kepada penduduk di Nablus, beliau menegaskan bahawa Hamas sentiasa memberi sokongan kepada pejuang dan wira-wira Palestin yang berterusan menyerang Israel dan membalas dendam ke atas darah para syuhada’.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,421
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....