000000
X
PALESTIN
Jordan akan adakan pertemuan antara Pihak Berkuasa Palestin dengan Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
25 Februari 2023 | 9.28 malam
Akbar berita Jordan “AL-Ghad” memetik sumber yang mengatakan bahawa Amman akan mengajurkan mesyuarat pada Ahad depan bersama Pihak Berkuasa Palestin dan Israel, mesyuarat itu juga akan turut dihadiri oleh wakil daripada Mesir dan Amerika Syarikat. 

Akhbar itu menegaskan bahawa pertemuan itu akan memfokuskan kepada “politik dan keselamatan”, dan ia juga adalah kesinambungan kepada usaha Jordan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Palestin dan pihak-pihak yang lain untuk menghentikan langkah-langkah bersendirian dalam menyelesaikan konflik. Pertemuan ini juga merupakan satu langkah ekonomi yang mampu meringankan penderitaan rakyat Palestin. 

Sumber tersebut mengatakan, pertemuan yang bakal berlangsung itu merupakan pertemuan pertama antara Pihak Berkuasa Palestin dan Israel bersama kehadiran negara-negara lain sejak bertahun-tahun lalu. 

Katanya lagi, titik permulaan utama untuk menghentikan langkah-langkah pencegahan secara bersendirian ini merupakan yang paling utama akan dibincangkan di dalam pertemuan tersebut. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,163
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....