000000
X
PALESTIN
Hamas: Halang Kemasukan Ana Miranda Tindakan Rasis, Percubaan Tutup Jenayah
Oleh: Rusydan Yusup
23 Februari 2023 | 1.51 tengah hari
Pergerakan Perjuangan Palestin (Hamas) menyatakan bahawa keputusan pihak berkuasa Israel untuk menghalang Ahli Parlimen Eropah (MEP), Ana Miranda daripada memasuki wilayah Palestin adalah tindakan perkauman dan cubaan untuk menutup jenayah dan pencabulan mereka terhadap rakyat Palestin.

Jurucakap Hamas, Jehad Taha telah menyatakan solidariti pergerakannya dengan Miranda dan menyeru masyarakat antarabangsa dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengecam perbuatan Israel dan mengambil tindakan tegas terhadapnya.

Kumpulan parlimen Greens/European Free Alliance (EFA) di Parlimen Eropah (EP) dalam kenyataan akhbar menyatakan bahawa pada awal pagi 21 Februari, MEP Ana Miranda telah dinafikan kemasukan ke Palestin oleh pihak berkuasa Israel dan dihantar pulang ke negara Sepanyol. Beliau sepatutnya menghabiskan beberapa hari di Palestin sebagai ahli Delegasi Parlimen Eropah untuk Hubungan dengan Palestin (DPAL).

Mengulas mengenai alasan pengusirannya, EFA berkata “Punca pengusirannya adalah kerana penglibatannya dalam Freedom Flotilla III pada 2015, yang cuba memecahkan sekatan ke atas Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan kepada orang awam. Beliau ditahan dan kemudian dihantar pulang bersama-sama anggota flotilla yang lain.”

Memberi reaksi terhadap layanan dan pengusirannya, Miranda berkata: “Menolak kemasukan saya adalah harga yang perlu saya bayar kerana membela hak asasi manusia dan mengecam penjajahan Israel di Palestin,” seperti yang dipetik dalam siaran akhbar.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,133
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....