000000
X
PALESTIN
Lions' Den, Briged Nablus Nabata Seru Rakyat Palestin Lawan Tentera Israel
Oleh: Rusydan Yusup
23 Februari 2023 | 1.30 tengah hari
NABLUS | Kumpulan Lions Den dan Briged Nablus Balata pada hari Rabu menyeru rakyat Palestin untuk terlibat dalam "pertempuran" menentang tentera Israel, lapor The New Arab.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tentera Israel menyerbu Kota Lama Nablus dan diarahkan menyerang  "semua orang yang membawa senjata di bandar, kampung dan pekan Nablus."

Kumpulan Lions Den telah ditubuhkan tahun lepas untuk menentang pencerobohan Israel.

Briged Nablus Balata, di kem pelarian Balata Tebing Barat, juga merupakan kumpulan yang telah mengisytiharkan kesediaan untuk memerangi Israel, menurut laman web berita Al-Monitor.

Kebanyakan ahlinya merupakan anggota pergerakan Fatah dan ia mengekalkan koordinasi yang tinggi dengan kumpulan militan lain termasuk Lion's Den, lapor Al-Monitor.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,747
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....