000000
X
PALESTIN
9 Maut Dan 97 Cedera Di Nablus
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
22 Februari 2023 | 9.56 malam
Kementerian Kesihatan Palestin di Tebing Barat hari ini mengumumkan kematian 9 orang rakyatnya dan 97 orang yang cedera ketika serbuan dan serangan oleh tentera Israel di bandar Nablus. 

Menurut sumber tempatan, tentera Israel menyerbu kejiranan Sheikh Muslim dan pasar timur di pinggir Kota Lama Nablus dan berlaku pertempuran dengan para pejuang Palestin. 

Sumber tersebut menambah lagi, pihak tentera melepaskan tembakan peluru hidup dan bom bunyi dan gas ke arah pejuang Palestin mengakibatkan kecederaan kepada puluhan orang. 

Tiga orang wartawan turut menjadi mangsa keganasan apabila terkena peluru tentera ketika serbuan dilakukan oleh tentera. 

Menurut laporan tempatan lagi, seorang wartawan Omair Isytiyeh  ditembak di bahagian telinga, seorang lagi bernama Muhammad ditembak di tangan manakala Ahmed Khalaf mengalami sesak nafas. 

Jurucakap sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam mengesahkan bahawa berlaku peningkatan keganasan di Tebing Barat dan kesabaran para pejuang kian hilang. 

Manakala persatuan Islam di Universiti Al-Najah menyeru supaya pergi ke Hospital Nablus untuk menderma darah bagi membantu mereka yang cedera akibat pertempuran dengan tentera Israel. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,671
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....