000000
X
PALESTIN
Gabungan Pejuang Palestin Kecam Tindakan PA Tarik Resolusi UNSC
Oleh: Rusydan Yusup
22 Februari 2023 | 1.33 tengah hari
Gabungan Pejuang Palestin mengecam tindakan Pihak Berkuasa Palestin (PA)  menarik balik draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mengutuk aktiviti penempatan haram Israel dan menggantikannya dengan kenyataan presiden yang tidak bermaya.

Ditolak di peringkat popular, kebangsaan, dan politik, tindakan sedemikian dilakukan ketika rakyat Palestin telah meningkatkan penentangan mereka terhadap Israel dan kerajaan fasis sayap kanannya. 

Israel ketika ini semakin rancak dengan rancangan peyahudian dan pemindahan paksa rakyat Palestin di Baitul Maqdis dan merancang untuk meluaskan aktiviti penempatan haram dan menghalalkan petempatan haram pendatang haram Yahudi.

Gabungan tersebut menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk PA berundur berikutan tindakan itu  dan tidak menyebabkan kemudaratan politik lebih lanjut kepada perjuangan Palestin. 

Mereka juga menggesa PA agar mendesak kesatuan strategi nasional yang dipersetujui oleh semua segmen rakyat Palestin dan membina semula sistem politik Palestin atas dasar pluralisme (kepelbagaian pihak terlibat).

Gabungan Pejuang Palestin tersebut terdiri daripada Pergerakan Perjuangan Palestin (Hamas), Jihad Islam Palestin, Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP), Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin (DFLP), Inisiatif Kebangsaan Palestin, Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin - Perintah Am dan Pelopor untuk Perang Pembebasan Popular - As-Sa'iqa. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,133
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....